Seperti yang di dedahkan sendiri oleh Ali Puteh, dia telah pun saman balu kepada arwah abangnya, iaitu Nor Hidayah Mohd Ali selepas berbincang dengan peguamnya dan mengambil kira beberapa faktor lain seperti kesan emosi keluarganya daripada video yang tular mengenai layanan keluarganya terhadap Hidayah.
Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat.
Tidak mahu mengulas, kebenaran pasti datang
Walau bagaimanapun, ketika pihak Astro Gempak cuba hubunginya mengenai kes saman tersebut, namun wanita ini memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenainya.
Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.
Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.