Perunding dan usahawan kecantikan, Norsiha Aala mengakui kecewa dan terkilan dengan tindakan isteri kepada pendakwah bebas Da’i Nik Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi yang sudah dianggap sebagai saudaranya sendiri.
Terpaksa buat laporan polis
Menurut Norsiha, dia terpaksa membuat laporan polis atas dakwaan menipu terhadap Noorainul Naqim yang lebih dikenali sebagai ‘Dr Erin’, setelah perbincangan awal antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

“Saya sebenarnya begitu kecewa dan terkilan sebab hubungan kami sangat rapat… bahkan saya tak pernah anggap dia sebagai sahabat, sebaliknya seorang adik.
“Hubungan kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan saya sudah meletakkan kepercayaan penuh kepadanya kerana kami ada beberapa projek perniagaan bersama sebelum ini.
“Sebab itu apabila ditipu, rasa sangat kecewa dan sedih. Itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa ini.”
Mangsa telah membayar sebanyak RM10,050
Terdahulu, mangsa mendakwa dia sudah membayar sebanyak RM10,050 kepada tertuduh namun sehingga tahun lalu tiada sebarang proses mengenai perjanjian dibuat.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tapi mangsa ada bagitahu bahawa dia taknak orang lain turut jadi mangsa Dr Erin ini.
“Sejujurnya, bukan kerana nilai kerugian itu… bagi saya hal duit yang ditipu itu tak apalah kita masih boleh cari, cuma saya nak orang ramai sedar dan tak ada lagi yang menjadi mangsa!”