fbpx

Rasanya bila sebut sahaja Zarina Anjoulie, pasti dah ramai yang kenal dia sekarang ni. Mana taknya, setiap ayat yang keluar dari mulut dia memang padu dan pedas lah! Tak kira siapa, dia memang jenis tegur je depan-depan.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang lebih mesra dengan panggilan Anju ni sebenarnya merupakan seorang bekas pelakon dan juga model.

Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, beliau menghilangkan diri dan kini dah kembali muncul dan nampaknya dia lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial.

Kini Anju sekali lagi mencuri tumpuan apabila menulis hantaran di Instagram beliau yang membidas tindakan seorang individu yang cuba meminta duit dengannya.

Stop lah minta duit dengan aku macam aku ni bank..kau ada kaki ada tangan pergi la cari kerja.

Duit dah la minta beribu, 90% DM aku semua nak pinjam duit aku sebab terjebak dengan ah long. Padan muka tu jer aku boleh cakap.

Bila tengok prifile wahh hidup gah. Wahai Melayu tolong sedar diri, kalau dah miskin buat cara miskin.

Baik aku beri anak-anak yatim makan dari aku bagi kat kau!

[fbcomments]