fbpx

Perletakan jawatan YB Maszlee Malik dari Kementerian Pendidikan merupakan suatu berita yang mengejutkan bagi kebanyakan pihak.

Biarpun dalam tempoh yang singkat, kita dapat lihat perubahan-perubahan positif yang beliau lakukan. Kredibiliti beliau dalam menjalankan tanggungjawab ini turut diakui oleh pihak lawan dalam arena politik iaitu bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Kamu memegang portfolio paling mencabar dalam kerajaan dan ia mustahil untuk lihat perubahan drastik dalam tempoh kurang dua tahun.

Saya boleh fikirkan sedozen lagi menteri lain yang lebih layak melakukan demikian. Saya dengar kamu cukup digemari oleh para guru dan telah memperkenalkan banyak perubahan yang cukup bermakna.

Saya ucapkan yang terbaik kepada kamu, Dr Maszlee. Roda kehidupan selalu berputar. Chin up.

Sebenarnya Kementerian Pendidikan ini telah terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk isu sarapan percuma kepada pelajar sekolah.

Ini adalah kenyataan beliau dalam sidang media;

Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Isu krisis dan kontroversi lebih menjadi perhatian media berbanding kejayaan yang telah dilakar Kementerian Pendidikan sebelum ini.

[fbcomments]