Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan telah melakukan sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung sesi persekolahan.
Majoriti masuk sekolah 15 julai
Bagi sekolah menengah kelas peperiksaan, tingkatan 1 hingga 4 serta peralihan akan mulai hadir ke sekolah pada 15 Julai 2020. Hal ini sama juga kepada kelas tahun 5 dan 6 bagi sekolah rendah yang akan mulai ke sekolah pada tarikh tersebut.
Selain itu, para pelajar tahun 1 hingga 4 pula akan mula datang ke sekolah pada 22 Julai 2020 dan mereka yang memperoleh tawaran ke tingkatan 6 semester 1 pula akan datang ke sekolah pada 15 Julai 2020.
Pembukaan ini akan dibuka dengan SOP yang ketat dan model-model persekolahan yang telah dibentangkan seperti penggiliran kehadiran.