The Professional Association of Diving Instructors atau lebih dikenali sebagai PADI, dalam Bahasa Melayu nya ialah Persatuan Jurulatih Selaman Profesional adalah penyedia keahlian selaman rekreasi terbesar di dunia dan merupakan sebuah organisasi latihan selaman yang mula ditubuhkan pada tahun 1966.

Anggota PADI 2020
Semalam organisasi PADI telah mengumumkan PADI AmbassaDiver yang baru untuk tahun 2020 dan salah seorangnya ialah seorang selebriti tempatan anak melayu yang fasih bertutur bahasa Mandarin iaitu Baki Zainal.
PADI AmbassaDiver memberi inspirasi kepada masyarakat luar serta mendorong mereka untuk terus mencintai dan menjaga kehidupan di dasar laut.
Dengan adanya PADI, golongan-golongan penyelam di seluruh dunia dapat meneruskan pengembaraan menerokai hidupan di dasar laut dengan lebih dekat.
Untuk pengetahuan, bukan senang tau nak dapat lesen PADI ni lagi-lagi ‘membawa tittle’ sebagai PADI AmbassaDiver.
Tahniah Baki Zainal!