Menurut Mohd Irman Mat, seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat ada kongsikan di Facebooknya mengenai kanak-kanak lelaki yang selesai menjalani kuarantin selepas menjadi suspek jangkitan Covid-19.
Menurut Irman, dia kerap berbual dengan pelajar tahfiz yang dikenali sebagai Alhan itu setelah simpati melihat budak tersebut duduk keseorangan hanya ditemani al-Quran.