Bergelar juara qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-61 diusia muda membuatkan Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19 sering mendapat perhatian media.
Gadis cantik ini juga aktif menggunakan laman sosial untuk berkongsi ilmu berkaitan al-Quran disamping menyelitkan beberapa aktiviti hariannya di situ.
Bertaranum dengan Oppa di Korea
Baru-baru ini, Farhatul dilihat mengunjungi negara Korea Selatan dan sempat bertemu dengan seorang YouTuber Muslim dikenali sebagai Daud Kim dari negara tersebut.
Melalui muat naiknya di Instagram, dia telah mengajar Daud Kim atau nama Koreanya Jae han Kim membaca al-Quran secara bertaranum.
Farhatul membacakan Surah al-Asr dengan taranum dan diikuti oleh Daud Kim.
Sering berkongsi berkaitan Islam di Korea
Sebelum ini, nama Daud Kim pernah tular kerana memeluk Islam dan menceritakan perjalanan hidupnya selepas bergelar Muslim di saluran YouTube. Penghijrahannya itu mendapat perhatian media sosial terutamanya di Malaysia kerana Islam bukanlah agama yang biasa dianuti di negara tersebut.
Menurut Daud Kim menerusi Instagram miliknya, dia berasa bertuah kerana berpeluang untuk belajar bertaranum daripada juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan itu. Dia juga berharap dapat membaca al-Quran dengan baik seperti Farhatul.
Alhamdulillah, saya gembira sangat. Semoga Allah pimpin saya ke jalan yang benar. InsyaAllah. – Daud Kim