Selepas peserta perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling diarahkan menjalani ujian saringan, kini seramai 87 penghuni madrasah di Kubang Bujuk, dekat Kuala Terengganu, juga terpaksa dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19.
Menerusi laporan Harian Metro, terdapat seorang pesakit yang menyertai perhimpunan tabligh di Sri Petaling telah singgah ke madrasah tersebut.
Ahli tabligh sempat singgah madrasah

Berikutan itu, kesemua penghuni madrasah tersebut mempunyai kontak rapat dengan pesakit dan kini kesemua mereka telah ditempatkan di Hospital Hulu Terengganu (HHT) sejak Sabtu lalu bagi menjalani ujian saringan.
Tiada yang positif
Bagaimana pun, setakat ini pihak perubatan mengesahkan belum ada kes yang disahkan positif Covid-19 dalam penghuni madrasah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, setakat ini belum ada kes yang disahkan positif Covid-19 dan orang ramai tidak perlu panik. eramai 87 penghuni madrasah di Kubang Bujuk, dekat Kuala Terengganu, juga terpaksa dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19.