fbpx

Pelbagai cara digunakan orang ramai dalam menjayakan misi balik kampung. Antaranya guna jalan pintas dan bergerak awal pagi sesudah sahur. Namun tidak semua cara itu berjaya.

Mungkin ramai yang sudah terlepas sekatan dan kini sedang berseronok di kampung.

Belum tentu nasib anda baik untuk pulang

Bagaimanapun, kerajaan mengingatkan mereka yang terlepas sekatan jalan raya balik ke kampung tidak bermakna akan turut bernasib balik semasa dalam perjalanan pulang semula untuk memulakan kerja.

Itu amaran keras Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri terhadap mereka yang masih melakukan rentas negeri meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Bagi mereka yang pulang ke kampung terlepas sekatan, seronoklah dah terlepas balik kampung.

”Tetapi saya ingin ingatkan lepas ini sekatan jalan raya (SJR) balik tidak bermakna mereka mungkin terlepas pulang balik ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

” Jadi mungkin seronok dah terlepas, mungkin beri berbagai-bagai alasan akhirnya diterima polis.

” Tapi balik nanti mereka juga akan lalui sekatan dan belum tentu boleh terlepas.”

Bersederhana meraikan Aidilfitri

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang meraikan Aidilfitri supaya bersederhana dalam semua hal dan berharap tidak ada yang akan ditahan ketika berada di kampung masing-masing kerana didapati ingar SOP dan PKPB.

Menurut Ismail Sabri, kira-kira 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung pada Sabtu diarahkan berpatah balik oleh polis.

” Kelmarin 500 kenderaan telah diperiksa diarah berpatah balik.”

” Maknanya lebih sekali ganda rakyat cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan. Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.”

Namun beliau menasihati orang ramai supaya tidak cuba berbuat demikian kerana hukuman kompaun akan dikenakan polis.

Dr Noor Hisham bimbang

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan sehingga hari ini sebanyak 971 kes positif COVlD-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6,894 kes direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri.

” Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” katanya.

Masyarakat harus waspada ketika tempoh perayaan yang bakal tiba kerana mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan COVlD-19 ke kawasan-kawasan yang kini sudah mencapai status Hijau.

[fbcomments]