fbpx

Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik ini, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”

Bercuti selepas 5 bulan

Perkara tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”

Melihat dari situasi semasa

Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.

Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.

[fbcomments]