Solat Jumaat itu wajib dikerjakan atas setiap lelaki beragama Islam secara berjemaah di masjid.
Siaran langsung Solat Jumaat di masjid-masjid tertentu juga akan ditayangkan di saluran televisyen. Kebiasaannya, saluran RTM akan menayangkan siaran langsung itu bagi mebolehkan kaum hawa yang berada di rumah turut sama mendengar perkongsian ilmu dalam khutbah Jumaat.

Peluk bayi solat Jumaat
Pada tengah hari tadi, kamera televisyen kerap kali menangkap satu tindakan seorang bapa yang berdiri di saf paling hadapan bersama anak kecilnya.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shareen Omar telah merakam beberapa gambar seorang lelaki yang menggendong bayi kecilnya disamping menunaikan solat Jumaat mengikut imam yang bertugas.

Melalui gambar-gambar yang dimuat naik juga terlihat stroller bayi dihadapannya.
Menarik perhatian netizen
Cara dia menunaikan solat sambil memengang bayi benar-benar menarik perhatian dan menjadi bualan di media sosial.
Dia juga mendapat pujian kerana memberi contoh yang baik terutamanya golongan bapa muda yang tetap menunaikan tanggungjawab walaupun terpaksa mengasuh sebentar anak atas sebab-sebab tertentu.


