Meskipun saban hari penduduk Palestin diancam oleh kerakusan dan kekejaman daripada pihak rejim Zionis, namun segala dugaan yang ditempuhi tidak sedikit pun melunturkan iman mereka dimana Masjid Al-Aqsa sentiasa menjadi tumpuan ribuan penduduk Palesti untuk menunaikan solat.
Ini adalah pemandangan yang boleh dilihat pada waktu subuh di Masjid Al-Aqsa.

Jemaah subuh penuh sampai ke luar
Beberapa gambar yang dikongsikan, memaparkan ribuan jemaah membanjiri masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Setiap penjuru masjid dipenuhi para jemaah, sehinggakan, ada yang menunaikan solat di luar masjid.



Kota penuh keberkatan
Baitul Maqdis yang digelar kota al-Quds iaitu bumi suci selepas Makkah dan Madinah perlu sentiasa berada dalam ingatan seluruh umat Islam
Pada 620 Masihi iaitu sebelum baginda berhijrah ke Madinah, berlaku peristiwa Israk dan Mikraj di mana Rasulullah melakukan perjalanan dari Makkah ke Baitulmaqdis sebelum diangkat ke langit pada malam sama.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu bersusah payah bermusafir (dengan tujuan beribadat) melainkan ke tiga masjid, Masjid Al-Haram di Makkah, masjidku di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.”
Israel semakin terancam kebangkitan rakyat Palestin
Untuk makluman ramai, Pada 15 Januari 2020 waktu malam, Gaza sekali lagi menerima serangan udara yang dilancarkan oleh Zionis Israel.
Semoga umat islam di Palestin sentiasa dilindungi Allah.