Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, telah mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.


Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut@Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Manakala bagi Ketua Penyelia Jururawat dan Penyelia Jururawat pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Menerusi hantaran di Facebook, dijelaskan penghargaan itu sebagai hadiah atas dedikasi, komitmen dan profesionalisme perkhidmatan mereka selaku petugas barisan hadapan.


Untuk pengetahuan, pada September lalu Sultan Johor turut mengurniakan 10 buah kereta Myvi kepada 10 jururawat Wad Diraja HSA.

[fbcomments]