Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata kesat serta menyentuh sensitiviti umat Islam dalam satu klip video.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan mendapati ucapan itu dibuat lelaki tempatan di luar negara sebelum dimuatnaik di laman sosial.

“Bagaimanapun, setakat ini kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung kes terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan kerana dengan jelas kecenderungan menghasut bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan.”

Terdahulu, satu klip video berdurasi 11 minit lebih itu telah dimuat naik di laman Youtube memaparkan seorang lelaki bertindak biadap berdiri di hadapan sekumpulan umat Islam yang sedang menunaikan solat.

Tindakan lelaki berkenaan juga cuba dileraikan dengan pasukan polis di lokasi terbabit.

Malah, lelaki berkenaan juga turut mengeluarkan kata berbaur cacian terhadap agama Islam, penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan Raja-Raja di Malaysia.

[fbcomments]