Fuh kecoh di media sosial apabila suami kepada YouTuber sensasi disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.
Youtuber masakan terkenal
Difahamkan suspek berusia 29 tahun yang juga merupakan suami kepada Youtuber masakan terkenal itu dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.
Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tak sebut nama suami masa dapat anugerah
Menurut sumber lagi, pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.
Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.
Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.
Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.
Mabuk sambil memegang sabit
Pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.
Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen mula membuat spekulasi dengan memetik nama suami kepada Youtuber masakan terkenal ‘Sugu Pavithra’ iaitu Sugu.