fbpx

Boleh dikatakan kini seluruh dunia sudah mula menjalani perintah berkurung di kediaman masing akibat peningkatan jangkitan Covid-19.

Malah, aktiviti yang melibatkan berkumpulan seperti solat jemaah juga telah dibatalkan, justeru banyak masjid dan surau ditutup sementara waktu.

Rempuh pagar masjid untuk solat Jumaat

Walaubagaimana pun, di media Indonesia pula tular memaparkan rakyatnya cuba merempuh pagar masjid yang sudah dikunci kerana mahu melakukan solat Jumaat berjemaah kerana takut jatuh murtad.

BACA : Langgar PKP, 13 Jemaah Masjid Ditangkap Kerana Menunaikan Solat Isyak Berjemaah

Adalah bahaya tindakan mereka ini kerana mengundang lagi penyebaran wabak.

Hukum tinggalkan solat Jumaat masa wabak penyakit

Untuk pengetahuan, meninggalkan solat Jumaat masa wabak penyakit adalah sunah Rasulullah SAW.

Ini kerana solat Jumaat melibatkan perkumpulan orang dalam jumlah yang besar dalam sesebuah masjid yang mengambil tempoh masa tertentu kerana adanya penyampaian khutbah dan juga pelaksanaan solat.

Semoga dengan penerangan ini, kita semua dapat mematuhi arahan yang ditetapkan.


[fbcomments]