Pagi ini merupakan detik bersejarah bagi negara Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia Kelapan mengangkat sumpah di Istana Negara.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik oleh KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menerusi pengumuman rasmi dari Istana Negara semalam.
Selesai angkat sumpah
Sebentar tadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.
Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara sejak 22 Februari lalu.
Tan Sri Muyiddin mewakili Muafakat Nasional telah disokong oleh Pas dan Umno dalam menubuhkan kembali kerajaan.