fbpx

Pemergian Allahyarham Abam atau nama betulnya Syed Umar Mokhtar sudah pun memasuki hari kelima. Namun, namanya masih mewangi dibibir setiap lapis masyarakat sehingga ada sahaja cerita baik tentangnya terbongkar.

Hari ini, pihak media telah bertemu sendiri keluarga arwah.

Melakuan kebaikan tanpa ingin diketahui umum

Siapa sangka semasa hayatnya, arwah merupakan seorang yang sangat pemurah, terlalu banyak kebaikan yang dilakukan tetapi sekali pun tidak mahu dihebohkan kepada umum terutama pihak media.

Ternyata arwah seorang artis yang sangat luar biasa. Tidak mengejar populariti.

Setelah ketiadaan arwah, Ali merupakan adik arwah telah membocorkan satu demi satu rahsia arwah yang boleh dijadikan sebagai pedoman kepada semua.

Tanggung anak yatim & biaya ustaz berdakwah

Menurutnya, Abam sebenarnya menanggung anak-anak yatim dan tahfiz di beberapa lokasi dari segi keperluan dan juga kewangan.

Dia juga seorang yang begitu pemurah kerana menanggung perjalanan dakwah seorang ustaz dari Pahang  bagi menyampaikan ilmu agama keliling negeri.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pendakwah terkenal iaitu PU Azman melalui panggilan telefon kepada Ali dalam nada yang cukup sebak.

Tidak berkira langsung dengan rezeki

Tambah Ali lagi, Abam langsung tidak berkira lagi-lagi dari segi rezeki. Dia akan membelanja sesiapa sahaja tidak kira rakan ataupun orang awam.

Malah setiap kali keluar, Abam sentiasa akan bawa wang tunai dalam jumlah yang agak besar bagi memudahkannya bersedekah.

Dikelilingi oleh orang-orang hebat

Ali juga memberitahu bahawa semasa jenazah dalam proses diuruskan, ribuan manusia telah berhimpun di masjid bagi menyembahyangkan allahyarham Abam.

Apa yang membuatkan dia berasa terharu adalah para pendakwah terkenal, imam-imam, anak-anak yatim dan tahfiz, sahabat handai, keluarga serta orang awam yang tidak dikenali berpusu-pusu ingin memberikan penghormatan terakhir buat abangnya.

[fbcomments]