Selalu kita melihat para petugas penerbangan khususnya pramugara dan pramugari berpenampilan cantik, mesti ramai yang terfikir seronok pekerjaan mereka dapat nampak bergaya selalu.
Walhal, sebenarnya disebalik penampilan menarik mereka, para petugas memikul tanggungjawab yang besar, untuk memastikan kesemua keperluan dan keselamatan penumpang berada dalam keadaan baik.
Terbaru, tindakan seorang pramugari cantik dikenali sebagai Zhang Qiqi menyelamatkan seorang penumpang wanita yang sakit mendapatkan rawatan, meraih pujian ramai.
Perasan salah seorang penumpang minta tolong
Menurut Zhang, ketika penerbangan sudah mahu berlepas ke Chengdu, China, dia yang sedang membuat rondaan perasan akan seorang penumpang yang menekan butang panggilan meminta bantuan.
Kelihatan penumpang wanita tersebut sudah kelihatan pucat dan Zhang terus membuat satu pengumuman kecemasan, meminta jika ada diantara penumpang merupakan doktor yang boleh membantu.
Mujurlah ada seorang doktor dalam kabin tersebut, selepas membuat pemeriksaan doktor berkenaan memberitahu bahawa, nadi wanita tersebut sudah terlalu lemah dan perlu dirawat.
Gendong penumpang pergi ambulans
Penerbangan ditangguhkan seketika, namun berlaku sedikit masalah apabila pasukan perubatan tidak boleh membawa tandu di atas kapal kerana lorong kabin yang sempit.
Bagi memastikan wanita itu selamat, pramugari tersebut dengan pantas menggendong penumpang berkenaan di belakangnya, dan membawanya turun menuju ke ambulans. Syabas diucapkan kepada Zhang!