Nampaknya Ustaz Abu Syafiq berterusan dikecam orang ramai. Belum pun reda dengan dakwaan mempertikaikan kerja Amal Ustaz Ebit Lew dan kes mahkamah membabitkan penceramah motivasi Amin Idris, timbul pula video penceramah ini mencadangkan agar tulisan Cina di hapuskan.
Meskipun kelihatan seperti video lama, ianya menimbulkan kemarahan netizen juga selebriti seperti Michael Ang dan Alvin Chong malah turut mendapat perhatian pelakon Usop Wilcha yang secara berseloroh menyatakan mahu meludah ke muka penceramah tersebut.
Andai jumpa nak ludah kat muka dia
Amboi, sampai nak meludah tapi beliau tidak pula mendedahkan kenapa sampai mengeluarkan kenyataan sedemikian
Tak perlu ludah-ludah
Terbaru menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Abu Syafiq memuat naik satu posting seolah membalas kenyatan terbabit
Tulisan ringkasnya walaupun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak namun ramai meramalkan ianya sememangnya untuk Usop Wilcha.