fbpx

Sememangnya ketika ini, para petugas kesihatan berdepan cabaran yang besar dalam tugas harian mereka. Pertambahan pesakit positif Covid-19 begitu membimbangkan sehingga mereka sendiri kepenatan dan tiada masa untuk berehat.

Bukan doktor dan jururawat sahaja, malahan pemandu ambulans turut ‘tersadai’ kepenatan berulang-alik membawa pesakit positif Covid-19 untuk dibawa ke hospital.

Buat demi negara

Seorang pemandu ambulans telah merayu kepada orang ramai supaya berhentilah untuk keluar daripada rumah sekiranya tiada urusan penting kerana perkara tersebut boleh meningkatkan penularan Covid-19.

Sesungguhnya mereka semua sangat penat berkerja tanpa henti dan turut khuatir wabak tersebut menular kepada mereka serta ahli keluarga dirumah.

Ingat x letih ka Kami lagu nih….. Please… Lepak la kat rumah…. Tengah delima nih,tkt kerajaan tambah TEMPOH…

Posted by Azri Aziz on Ahad, 22 Mac 2020
[fbcomments]