fbpx

Baru-baru ini pasukan Polis Petaling Jaya telah mencekup 21 individu lagi atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah ada lebih teruk lagi, mereka dikatakan menghina anggota polis semasa menjalankan tugas melakukan sekatan jalan raya dan di tempat awam.

Selepas kes polis dihina sebagai bodoh, kes hampir sama berlaku apabila seorang lagi wanita berusia 45 tahun bertindak meludah dan menendang polis di dalam premis perbankan di daerah itu sebelum diberkas pihak berkuasa.

“Tangkapan sekitar pukul 3 petang, polis telah membuat pemeriksaan dan tangkapan ke atas seorang wanita berusia 45 tahun kerana menimbulkan kekecohan dalam Bank Hong Leong di Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara.

“Ketika ditangkap suspek bertindak agresif menendang, menjerit serta meludah secara rawak kepada polis.”- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal .

Kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya patuh kepada perintah PKP dan tidak mengambil remeh perkara tersebut kecuali ada perkara penting.

[fbcomments]