Demi mendapatkan gajet yang paling mahal pada masa kini, sepasang suami isteri tergamak menjual bayi mereka sendiri yang baru berusia lapan bulan semata-mata untuk membeli sebuah telefon jenama iPhone 14.

Beli iPhone Sebab Nak Rakam Video Cantik

Menurut sumber yang dipetik dari Buletin TV3, pasangan yang berasal dari Utara 24 Benggala Barat itu dipercayai mahu membeli telefon pintar tersebut untuk merakam video dan mengambil gambar ketika melancong ke seluruh rantau India, pada masa yang sama mahu memuat naik kesemuanya ke Reels Instagram bagi mendapatkan kualiti yang baik.

Akibat tindakan mereka yang tiada berperikemanusiaan itu, mereka telah mendapat kecaman hebat sehingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan diantara pasangan terbabit dan juga kepada wanita yang membeli bayi tersebut.

“Wanita bernama Sathi itu akhirnya ditahan polis manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh, masih belum ditemui dan pihak berkuasa sedang berusaha menjejakinya”, kata Buletin TV3.

Tidak Rasa Cemas Bayi Hilang

Menurut sumber lagi, difahamkan jiran terdekat pasangan terbabit menyedari kelakuan pelik yang dilakukan oleh mereka kerana mereka tidak kelihatan risau atau cemas selepas anak mereka hilang. Apa yang membuatkan mereka rasa lebih curiga adalah apabila keluarga Ghosh secara tiba-tiba sahaja menggunakan telefon iPhone 14 yang berharga mahal sedangkan keluarga pasangan tersebut mempunyai masalah kewangan.

Jiran terdekat mereka juga mendedahkan bahawa pasangan tersebut mengakui menukar bayi kepunyaan mereka dengan seorang wanita untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.

Cuba Jual Anak Yang Lain Pula

“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula yang berumur tujuh tahun pada tengah malam Sabtu. Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev”, jelas ahli majlis tempatan Tarak Guha.

Jaydev dan isterinya serta wanita yang membeli bayi mereka kini berdepan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia. Polis masih menjalankan siasatan dan belum mendedahkan butiran lanjut kes itu.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]