Seorang lelaki di Indonesia tergamak menjual isteri yang dikahwininya untuk khidmat seks di Facebook.
Lelaki berusia 35 tahun dari daerah Wringinom, Gresik itu telah menawarkan isterinya kepada pelanggan kerana mengalami masalah kewangan.
Menerusi laporan Detik News, penemuan kes tersebut hasil siasatan yang diketuai oleh Unit KBO untuk Perlindungan Wanita dan Anak-anak (PPA), Iptu Harun.
“Setelah kami mengesan ada transaksi dan jenayah seperti itu. Kami terus lakukan penyiasatan dan menangkap pelaku terbabit.”
Difahamkan, selepas urusan jual beli berlaku dan pelanggan bersetuju, mereka akan bertemu di sebuah hotel.
“Polis melakukan serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Mastrip, Surabaya. Ketika diserbu, pelaku sedang berurusan dengan pelanggan.”