fbpx

Arnold Putra, seorang pereka fashion berasal dari negara jiran Indonesia, telah merekakhas sebuah beg tangan yang berharga $5,000 yang diperbuat daripada lidah buaya dan tulang belakang manusia. Beg tersebut telah dihasilkan secara etika oleh Arnold Pultra.

‘One off bag’ yang dihasilkan di Los Angeles, dipasarkan sebagai ‘ideal statement piece’ yang mula dijual pada tahun 2016. Material badan beg tersebut diperbuat 100% daripada lidah buaya dengan jahitan bekas luka serta dijahit kemas dengan 100%  daripada tulang belakang manusia sebagai pemegang beg!

Ramai yang mempersoalkan mengenai dari mana bahan-bahan itu didapati dan kenapa memilih tulang belakang manusia untuk menghasilkan sebuah beg tangan.  Menurut Putra, tulang belakang tersebut “diperolehi secara perubatan dari Kanada secara etika.”

Beliau turut berkata ketika penghasilan beg tangan berkenaan, hasil lidah buaya dan industri kulit pada masa itu adalah tidak terancam di Amerika Syarikat. Menurutnya lagi, mereka telah mengambil sedikit ujian untuk mendapatkan lidah yang rata dan cukup kuat bagi memberi reka bentuk beg tangan yang cantik dan sempurna.

Ada yang berminat ke dengan reka bentuk beg tangan oleh Arnold Putra ?

[fbcomments]