fbpx

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes positif Covid-19 telah bertambah menjadikan keseluruhan kes sebanyak 2031 dengan 235 kes baharu dilaporkan.

Hari ini sahaja 4 kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 23 kematian dengan 2 kematian telah dimaklumkan menerusi Facebook Kementerian kesihatan Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut juga,beliau turut memaklumkan bahawa 80 anggota kesihatan disahkan positif Covid-19, namun bukanlah daripada jangkitan semasa merawat pesakit-pesakit positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, seramai 16 orang sudah disahkan bebas daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang kerumah. Perkara ini menjadikan seramai 215 kes telah sembuh sepenuhnya.

[fbcomments]