Jumaat lepas Perdana Menteri ada mengumumkan beberapa bantuan yang akan diagihkan kepada rakyat mengikut kategori sehingga bulan Mei ini akibat wabak berpenyakit, Koronavirus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia.
Namun, lain pula isu yang timbul apabila ada beberapa artis turut menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung khusus bantuan untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Zarina Anjoulie tampil bersuara
Viral di media sosial sehingga pelakon Zarina Anjoulie tampil bersuara pendapatnya di IGTV menerusi laman akaun Instagram miliknya. Katanya, sepatutnya mereka tak perlu pun bersuara nak memperjuangkan hak anak seni sebab kalau ikutkan boleh je mana-mana artis yang berkemampuan membantu anak seni yang lain.

“Tak payah nak cakap konon nak tolong pekerja belakang tabir atau make-up artis sebab sebenarnya mereka tu bukannya artis dan boleh sahaja meminta bantuan yang disediakan kerajaan. Berhentilah cakap benda mengarut. Banyakkan usaha untuk menjana pendapatan. Banyak lagi kerja boleh buat. Kalau susah sangat, buat je Foodpanda,” terangnya dalam video IGTV.
Hidup ikut kemampuan!
“kenapa nak derma kat korang? kenapa nak bagi sumbangan kat korang? korang siapa??”
Zarina turut bagi contoh, kenapa nak pentingkan golongan artis daripada nak bantu golongan yang betul memerlukan seperti janda anak 4 bekerja di Tesco semata-mata untuk tanggung artis?
Cukup lah artis, pentingkan diri sendiri!
“Korang artis yang dah ada nama ni, patutnya bergabung dan fikir macam mana nak tolong orang-orang yang susah ni!”
Fuhh padu apa yang Zarina cakap ni, memang betul pun! Tapi nampaknya apa yang terjadi sebaliknya. Siapa ada lah sorang artis tu cakap, jangan nak samakan artis Malaysia dengan oversea yang bantu rakyat.
Hello, artis Malaysia yang kaya raya ni memang tak boleh bantu ke?? Malah kalau nak ikutkan kata Zarina, tak banyakpun. Spend dalam RM400 dah dapat macam-macam untuk kumpulan yang memerlukan ini.
Jika difikirkan semula, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zarina ni kan? Artis itu sendiri sudah menanamkan pemikiran di minda masyarakat supaya melihat mereka kaya melalui perkongsian mereka sendiri tentang gaya hidup mereka di media sosial.
Jadi, bila berlaku kes seperti ini netizen pula bingung memikirkan mengapa mereka yang digelar artis ini mampu membelikan si isteri kereta mewah sebagai hadiah kejutan tapi menagih simpati kerajaan untuk menyalurkan bantuan khusus untuk golongan mereka? Tidakkah ada golongan yang lebih memerlukan wajar diberi perhatian?
Hiduplah mengikut kemampuan, bantulah mereka yang lebih memerlukan dahulu! Waktu inilah, Allah nak uji kita. Bagaimana dengan saudara-saudara kita yang memang memerlukan??