Seorang lelaki nekad berjalan kaki dari Selayang ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke kampung halamannya di Sarawak. Kisah ini di kongsikan sendiri oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang selepas kakak lelaki itu memohon bantuannya menerusi Whatsapp.
Adik saya terkandas

Sumpah anak jati Sarawak. Berjalan kaki dari Selayang ke KLIA. Dahsyat. 2 jam masih di jalan Kuching. Setelah penat berjalan, call saya untuk bantuan. Anak Sarawak, You are simply awesome. Nak balik ke Sarawak dan flight pukul 5 petang ini. Tiket sudah beli. Family belikan. Nak pergi airport, duit tak ada. Kami terus pergi bantu. Jumpa di Jalan Kuching. Poket langsung tak ada wang. Kita beri RM 200 untuk buat tambang makan dalam perjalananan.
Anak Sarawak yang berjalan kaki dari Selayang ke KLIA 2 ditahan oleh kami di Jalan Kuching sejurus setelah kami dapat info. Flight dia 5.00 pm. Kalau ikut google map dia akan ambil 16 jam untuk tiba di KLIA dan pasti akan terlepas flight dia. Niat jalan kaki ke airport kerana poket tak ada wang langsung. Kilang kerja sudah tutup 3 bulan dan belum buka lagi. Kami stop dia di Jalan Kuching dan bawa ke KLIA melalui van kami.
Sudah sampai rumah

Terbaru, Uncle Kuan memberitahu lelaki tersebut telah selamat tiba di Sarawak.