fbpx

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata tiada had tempoh bagi jawatan Perdana Menteri interim, untuk menggunakan kuasa budi bicaranya bagi melantik Menteri Kabinet yang baharu.

Beliau berkata, walaupun berstatus interim, Perdana Menteri memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, termasuklah untuk melantik atau tidak melantik anggota Kabinet.

Oleh kerana Dewan Rakyat bersidang mulai 9 Mac ini, suatu usul undi percaya boleh digerakkan terhadap beliau atau sesiapa sahaja.

“Tiada had tempoh untuk Perdana Menteri interim. Oleh yang demikian adalah salah untuk menyatakan (tempohnya) selama 10 hari atau waktu lain yang ditetapkan.”

Mohd Zuki berkata, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan untuk membatalkan semua pelantikan menteri dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) mengikut Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, selaras peletakan jawatan oleh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa semalam.

[fbcomments]