fbpx

Wabak Koronavirus yang melanda Wuhan, China telah membuatkan negara tersebut mencatatkan ratusan kematian sejak hari pertama direkodkan.

Wabak tersebut juga sudah menular hampir ke beberapa buah negara. Semua pesakit telah dikuarantin.

Terlalu letih & tak cukup rehat

Sudah tentu, tenaga perubatan seperti doktor dan jururawat paling terkesan kerana terpaksa bertungkus-lumus mengawal wabak tersebut dan merawat pesakit yang positif virus koronavirus ini.

Menerusi satu muat naik di Twitter, keadaan pegawai perubatan yang kepenatan akibat merawat pesakit di hospital telah mengundang sayu para netizen

Ada yang tidur di atas lantai kerana telalu letih apabila seharian menghadapi pelbagai ragam pesakit yang terlalu ramai.

Kerajaan China juga telah menghantar puluhan doktor dari daerah berdekatan untuk membantu merawat pesakit yang positif di Wuhan dan Hubei.

[fbcomments]