fbpx

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mengenakan kompaun ke atas seorang menteri yang didakwa tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

KKM telah menjelaskan menteri tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

“KKM telah mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan hasil ketiga-tiga ujian saringan ke atasnya didapati negatif COVID-19.

[fbcomments]