Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menyatakan dia menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai menyuruhnya menegur usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.


Sebelum ini, nama Sajat menjadi bualan ramai selepas berkongsi foto dan video memakai bikini di Instagram (IG).

Menurut Abu, daripada mengutuk dan menghina Sajat sebaiknya mendoakan supaya dia mendapat hidayah satu hari nanti.

“Tidak perlu kutuk dan hina saudara Sajat. Elok kita doakan baik-baik dan hidayah buat beliau.


“Ramai yang hubungi saya minta serang Sajat sekarang. Saya jawab.. Sajat juga manusia biasa tidak terlepas dari dosa dan noda. “

Tambah Abu, sebelum terlambat sebaiknya sedar dengan kesalahan diri sendiri daripada menunding jari kepada Sajat.

“Tegurlah dia dengan berhikmah. Ramai juga yang bergelar Ustaz dan PU namun tidak berhikmah dalam berdakwah. Sebelum nak tunding jari pada Sajat. Jangan lupa 4 jari pada diri dulu. Bertaubatlah.”

[fbcomments]