Semalam Ali Puteh ada tampil menjelaskan isu sebenar yang terjadi antara pihak keluarganya dan balu allahyarham abangnya, Abam.
Menurut Ali, apa yang terjadi hanyalah salah faham dan dia juga turut difitnah dan dikecam oleh netizen.
Walau bagaimanapun, menerusi instagram kimkidstimer yang mendakwa beliau seorang yang bekerja di firma guaman selama 11 tahun telah memberi pendapatnya mengenai penjelasan Ali ini.
Menurut kenyataan firma guaman itu, adalah tidak wajar mempertikaikan wang di dalam dompet arwah yang telah kosong. Beliau beranggapan isteri perlu meneruskan hidup dengan anak sementara menunggu harta faraid di agihkan.
Sumbangan yang diterima semasa kematian arwah juga adalah hak milik balu dan tiada kena mengena dengan pihak keluarga termasuk ibu arwah sendiri.
Sekiranya perlu uruskan kereta atau lain-lain yang tertunggak kerana hutang boleh dijelaskan kemudian selepas Faraid di bahagikan dan boleh juga menolak dari agihan yang diterima pihak isteri.
Berkaitan balu yang meninggalkan rumah dalam keadaan masih iddah, pendapat peribadinya adalah kerana emosi yang dialami Hidayah selaku balu sendiri setelah kehilangan suami, tempat bergantung tiada lagi dan dirinya pula seolah dikontrol oleh pihak keluarga mertua seperti lebih sudu dari kuah pula.
Tidak dinafikan keprihatinan Ali dalam membantu urusan harta faraid patut dipuji kerana tanggungjawan namun seharusnya Ali perlulah lebih peka dan bertoleransi dengan balu yang sememangnya lebih rapat dengan arwah.
Semoga kedua-dua pihak dapat selesaikan dengan cara baik tanpa provokasi.