Satu kejadian kemalangan melibatkan tiga kenderaan tular di media sosial baru-baru ini telah menarik perhatian orang ramai. Kejadian tersebut berlaku di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Kampar, dan melibatkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Insiden bermula apabila seorang lelaki yang memandu kereta Honda City dikatakan mengejar adiknya yang menaiki MPV Proton Ertiga bersama teman lelakinya.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/bharianmy/status/1909892696472166792
Abang Kejar Adik Ikut Teman Lelaki Punca Kemalangan Tiga Kenderaan
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, kemalangan tersebut berpunca daripada perselisihan faham yang melibatkan hal kekeluargaan. Kejadian itu berlaku pada jam 10.46 pagi (Selasa) dan tular di media sosial selepas ia dilaporkan kepada pihak berkuasa. Walaupun insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa, siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah sebelum kemalangan berlaku.
Kemalangan itu berlaku di lorong kanan lebuh raya apabila salah satu kenderaan yang terlibat membrek secara mengejut, menyebabkan ia dilanggar dari arah belakang oleh dua kenderaan lain. Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian tersebut, yang dipercayai berlaku akibat perselisihan antara dua kenderaan yang terlibat dalam aksi kejar mengejar.
![]()
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan dengan kejadian yang melibatkan pengadu berumur 24 tahun yang mendakwa bertemu teman lelakinya bersama seorang wanita di sebuah pasar raya. Pertengkaran mulut berlaku sebelum wanita itu memukul pengadu, menyebabkan berlaku pergelutan.
Laporan itu menyebut bahawa teman lelaki pengadu menawarkan diri untuk menghantar mangsa pulang, namun sebaliknya memandu ke arah kampungnya. Dalam perjalanan, pertengkaran berlaku antara mereka bertiga, dan mangsa mendakwa telah dipukul oleh kedua-duanya sebelum mereka berpatah balik ke rumah pengadu di Bandar Baru Sri Petaling.
Setibanya di rumah, abang pengadu dikatakan cuba mendekati kereta lelaki tersebut, namun kenderaan itu dipandu laju dan hampir melanggarnya. Abang pengadu kemudian mengejar kenderaan tersebut, dan peristiwa kejar-mengejar itu berakhir dengan kemalangan yang tular di media sosial.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.
Kredit: Berita Harian