fbpx

Isu politik di Malaysia nampaknya macam tiada berkesudahan.

Pada Mac lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menaruh harapan untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menamatkan konflik peribadi di antara mereka.

Perdana Menteri menyatakan beliau tetap berharap bekas Perdana Menteri itu sudi bertemunya bagi memohon maaf dan berdamai bagi meleraikan sengketa di antara mereka.

“Saya bersedia bertemu Tun pada bila-bila masa demi kepentingan negara. Saya sudah menulis surat kepada Tun untuk berjumpa dan saya kongsikan di sini apa yang saya ingat kandungan surat itu.

“Pertama, saya doa Tun dan keluarga sihat walafiat. Yang kedua, paranya saya kata sekiranya dalam tempoh beberapa hari lalu perkara yang telahpun dilakukan menyinggung perasaan Tun, saya mohon maaf.

“Para ketiga saya mohon kalau ada masa untuk saya bertemu dengan Yang Amat Berbahagia Tun, tapi telah terima jawapan beliau kata belum sampai masa untuk berjumpa,” katanya.

“Kami telah bentuk kerajaan ini dan mahu Tun untuk mengiktiraf kerajaan, iaitu kerajaan untuk rakyat. Ia adalah (kerajaan) yang sah.” katanya.

“Rakyat berharap kerajaan ini akan berkhidmat dengan baik dan kami berjanji kami akan berkhidmat dengan baik.

[fbcomments]