Video ucapan graduasi Dzahira Talita Zahra Shahmira atau Thalita, 12, yang dikongsikan semula oleh sebuah sekolah swasta meraih perhatian ramai apabila penyanyi cilik itu menzahirkan penghargaan istimewa buat dua wanita penting dalam hidupnya iaitu arwah ibunya, Siti Sarah, dan ibu tirinya, Watie Hanifiah.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSPjrmPdC/

Ucapan Graduasi Thalita Undang Sebak, Hargai Arwah Ibu dan Ibu Tiri

Dalam ucapan tersebut, Thalita menyentuh hati ramai apabila menyatakan kasih sayangnya terhadap kedua-duanya, sambil mengenang arwah Siti Sarah yang tidak berkesempatan melihatnya menamatkan persekolahan. Dia turut menegaskan bahawa Watie bukan sekadar ibu tiri, tetapi seorang ibu yang sentiasa melengkapkan kehidupannya.

“Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, terutamanya ayah, ibu (arwah Sarah) dan mommy (Watie).

“Ibu walaupun awak tidak berpeluang untuk melihat saya menamatkan persekolahan tetapi saya sentiasa menyayangi awak.

“Untuk mummy saya, Watie, meskipun orang melihat anda seperti ibu tiri saya,tapi saya akan sentiasa menganggap anda seperti ibu kandung,” katanya.

Reaksi penonton di ruangan komen turut dipenuhi rasa sebak dan kagum terhadap kematangan Thalita. Ada yang berkongsi pengalaman sebagai ibu tiri dan menyatakan rasa terharu mendengar kata-kata ikhlas daripada anak berusia 12 tahun itu.

Thalita merupakan anak kedua pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021. Shuib kemudiannya berkahwin dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023, dan hubungan baik antara Thalita serta Watie terus menjadi contoh positif buat masyarakat.

Kredit: TikTok official_bbis

[fbcomments]