Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tersentuh hati apabial melihat pasangan suami isteri yang juga orang kurang upaya (OKU) dimana hanya mampu memandang antara satu sama lain akibat keterbasan fizikal terutama pada musim PKP ini.
“Allahuakbar ada lagi yang benar2 memerlukan bantuan. Tanpa bersuara, isteri tiada kaki sebelah manakala suaminya kedua kaki tiada. 😭😭
“Semoga keluarga ini tabah menempuh kehidupan ini. Dapat tahu terus berkejar ke rumahnya bersama YB Sharuddin menghantar bantuan,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Othman tidak menyatakan maklumat terperinci mengenai pasangan berkenaan. Semoga mereka berdua terus cekal menghadapi ujian ini.