Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng yang sangat terkenal dengan sifat pemurah.

Barang 10 sen sahaja

Bersempena dengan hari bapa, Uncle Kentang telah membuka pasar 10 sen dengan menjual barangan keperluan seperti pakaian buat mereka yang memerlukan.

Dia telah memuat naik perkara tersebut di Facebook miliknya dan sudah tentu perkara itu bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Ada perabot & barangan elektrik

Selain daripada pakaian, terdapat juga permainan kanak-kanak dan peralatan keperluan rumah seperti tilam, peti ais serta rak terpakai yang boleh diperoleh oleh mereka yang memerlukan

Semoga Uncle Kentang terus menbantu orang ramai. Inisiatif yang dilakukan oleh Uncle Kentang dalam membantu orang yang kurang bernasib baik ini telah mendapat respon positif daripada warganet.

[fbcomments]