Pemergian insan tersayang pastinya meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi, lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadan yang penuh kenangan.
Itulah situasi yang dihadapi usahawan Ridzuan Ridzokumura bersama anaknya, Sky Taizo Okumura, apabila menyambut Ramadan pertama tanpa isteri tercinta, Akiko Okumura, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DGq_5QVT6Ry/?igsh=amRpOTN5ZXFzNzk5
Usaha Ikhlas Zarina Zainuddin Sajikan Menu Jepun Buat Sky Raih Pujian Netizen
Dalam usaha menceriakan suasana dan memberi semangat kepada dua beranak itu, pelakon terkenal Zarina Zainuddin tampil membantu dengan menyediakan juadah istimewa berbentuk hidangan Jepun bagi menghidupkan kembali memori bersama arwah Akiko.
Usaha Zarina itu ternyata mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat kesungguhannya mencipta suasana seakan-akan apa yang pernah disajikan arwah kepada anaknya.
Menariknya, Ridzuan dan Sky turut bermalam di rumah Zarina bagi menyambut hari pertama Ramadan bersama keluarga terdekat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ridzuan memuat naik momen sewaktu mengejutkan anaknya untuk bersahur sambil memohon doa agar dikurniakan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
“Ya Allah, berikan aku dan anakku kekuatan,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Akiko, wanita berketurunan Jepun yang dikahwini Ridzuan sejak Februari 2009, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada keesokan harinya.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berumur 13 tahun.
Kredit: Instagram ridzokumura