Selepas beberapa bulan pemergian pengasas Kicap Jalen, rakyat Malaysia pada dikejutkan lagi dengan berita pemergian pengasas Cap Kipas Udang pula, Datuk Lambak Mohamed di kediamannya di Larkin Jaya, Johor. Berita berkenaan dikongsikan oleh ahli keluarganya yang berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham.
Jenazah Allahyarham Lambak berusia 100 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh.
Menurut cucu beliau yang dikenali sebagai Amiza Abdul Aziz, allahyarham tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan dan dilihat sihat sahaja sebelum ini.
“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini”
Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai.