Nama Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi di media kini, bahkan pernah suatu ketika dahulu darjat beliau diangkat-angkat kerana sifat yang suka membantu orang yang menghadapi kesusahan dan kesukaran hidup. Namun, nama beliau mula menjadi pudar dan dipandang serong apabila beliau terpalit dengan isu berkenaan terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual yang disabitkan ke atas Ebit Lew pada tahun lalu.
Baru-baru ini juga beliau telah membuat kemunculan dengan menolong seorang gelendangan yang tidur berselimutkan kain di depan pagar di Indonesia.
Ebit Lew Tampil Diri Bantu Wanita Gelandangan Bertatu
Menerusi perkongsian video di laman TikTok UEL, Ebit Lew mula ambil langkah menghampiri wanita gelandangan bertatu itu yang berasal dari Indonesia, dikenali sebagai Mondy yang sedang tidur beralaskan kotak. UEL dilihat berbual dengan Mondy dengan penuh emosi sehingga dirinya mengalirkan air mata. Bukan setakat itu, UEL juga memberikan beberapa jumlah wang dan juga sepasang baju jubah dan tudung untuk wanita tersebut.
Tapi Ada Plot Twist Yang Tak Dijangka
Namun, sesetengah netizen juga mendakwa bahawa Mondy sebenarnya bukan gelandangan, tetapi beliau mempunyai kerjaya sebagai model. Ramai yang teragak-agak jika wanita itu seorang gelandangan kerana dia juga memakai braces, mempunyai tatu yang memerlukan kos banyak, tambahan dengan memiliki 1 juta followers di laman TikToknya sendiri.
Terdapat beberapa komen netizen yang berbidas panas
“Terpaling dermawan. Cari lah yang in character sikit pelakonnya pun. Ni gelandangan pakai make up, baju pun macam helok je, siap pakai braces. Apo”
“Selagi boleh tunggang entah memang tak boleh nak bersangka baik huhuhu”
“Ada terfikir juga macam tu.. sebab bila buka TikTok Mondy ni takdelah susah.. tengok senang je”
“Semalam tengok video tu terasa hati-hati. Jarang jumpa homeless elok terurus macam ni hahaha”
Kredit: TikTok EbitLew