Seorang lelaki menangis di tepi jalan disamping jenazah bapa mentuanya selepas van yang dipandunya dari Sandakan ke Bongawan, Papar mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Bapa Mentua Meninggal Dalam Perjalanan
Melalui perkongsian di Facebook oleh pengguna bernama Mohd Ariff Ahmad, beliau menceritakan bahawa van yang dipandunya mengalami kerosakan pada sistem brek, dan bapa mentuanya pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan tersebut.
“Al-fatihah untuk bapa mentua…baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.
“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.
Buat Siaran Langsung Di FB Untuk Memaklumkan Bahawa Dirinya Terkandas
Difahamkan, beliau membuat siaran langsung selama 40 minit untuk memaklumkan keadaan dia dan bapa mentuanya sedang terkandas.
Situasi hening tersebut telah dikongsikan di media sosial dan beliau berharap agar ada van jenazah yang melalui kawasan tersebut untuk membantu membawa jenazah bapa mentuanya itu.
“Andai kata ada van jenazah untuk bawa ke Bongawan, terima kasih tetapi itulah tiada kedengaran (maklumat) dari Tamparuli ke simpang Kota Belud.
“Kami berasa di sebelum simpang Kota Belud, kalau dari Kundasang selepas simpang Kota Belud,” ujarnya.
Dalam keadaan kesejukan, dia memaklumkan bahawa tiada sesiapa yang melalui kawasan tersebut untuk menghulurkan bantuan dan berharap agar ada yang sudi membantu menguruskan jenazah bapa mentuanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, dengan kebanyakan orang berharap agar dia segera menerima bantuan, terutamanya dalam menguruskan jenazah.
Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan menzahirkan rasa simpati terhadap situasi cemas yang sedang dihadapinya.
Kredit: FB Mohd Ariff Ahmad