Pernah tak masa korang tengah sedap menjamu selera, tiba-tiba korang menemui sesuatu yang pelik pada makanan korang tu?
Jika pernah, apa reaksi korang?
Telur lipas atau kacang merah?
Itulah yang menjadi persoalan seorang pemuda apabila menemui ‘sesuatu’ selepas selesai menikmati juadah di salah sebuah kedai mamak di Sepang.
Difahamkan benda asing yang ditemui di dalam hidangan makanannya itu adalah telur lipas. Walau bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh salah seorang pekerja restoran tersebut.
Pekerja restoran tersebut menyatakan bahawa itu adalah kacang merah.
So apa pendapat korang? Kacang merah ke telur lipas??