Baru-baru telah tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang wanita seolah-olah sedang dirasuk di sebuah pusat hiburan.
Video berdurasi 1 minit 19 saat ini memaparkan seorang wanita dikatakan seperti hilang kawalan apabila bertindak terjerit-jerit dalam keadaan terbaring.
Ada yang mengatakan wajah wanita ini mirip pelakon Fara Mendoza. Betul ke?
Wanita itu kemudian cuba ditenangkan oleh beberapa lelaki yang berada di lokasi tersebut.
Salah seorang daripada mereka dilihat cuba melakukan upacara ‘mengubat’ dengan memegang bahagian perut wanita berkenaan.
Bawah pengaruh dadah?
Namun, ada juga dakwaan yang mengatakan sebenarnya wanita itu bukanlah dirasuk, sebaliknya berada di bawah pengaruh dadah membuatkan dia bertindak sedemikian.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya. Hanya tuan punya badan je yang tahu. Sama ada benar-benar di rasuk atau hanya ilusi pengaruh dadah.