fbpx

Di Malaysia, kes yang membabitkan pengasuh dan anak jagaan bukanlah perkara baru. Lebih teruk lagi, ada yang melibatkan penderaan sehingga membawa maut.

Menggigil kesejukan di tengah hujan

Tapi yang terbaru ini pula, seorang kanak-kanak perempuan dikhabar terlepas dari rumah pengasuh dalam keadaan hujan. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak itu menggigil kesejukan sambil menyebut nama ibu berkali-kali.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Tiram,Johor ini menunjukkan sesetengah profesion pengasuh yang sangat tidak bertanggungjawab apabila seorang daripada anak asuhan berumur 2 tahun terlepas ke jalan raya sejauh lebih kurang 100 meter.''ibuuu…ibuuu..' adalah ayat yang keluar dari mulut kanak-kanak tersebut ketika dijumpai oleh seorang lelaki bernama Harith Rahim.Menurut saudara Harith,kanak-kanak tersebut menggigil kesejukan kerana keadaan hujan lebat.Kanak-kanak tersebut dipulangkan setelah saudara Harith mencari rumah yang paling terdekat.Cuba bayangkan jika yang menjumpai kanak-kanak tersebut adalah individu yang tidak bertanggungjawab?Sumber : Harith Rahimhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1066928300321810&id=366129160401731

Posted by Community Roda Johor – CRJ on Selasa, 21 Januari 2020

Terlepas sejauh 100 meter

Menurut kenyataan dari saudarai Harith Rahim, lelaki yang menjumpai kanak-kanak ini, kejadian berlaku di Ulu Tiram,Johor.

Tambah beliau lagi, kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ini telah berjalan keseorangan sambil memegang botol susu di jalan raya sejauh lebih kurang 100 meter dari rumah pengasuh.

Dipulangkan kepada pengasuhnya

Kanak-kanak tersebut dipulangkan setelah saudara Harith mencari rumah yang paling terdekat.

Alhamdulillah, syukur pada Allah..

Ibu pada anak comel yang saya jumpa pagi tadi telah pun menghubungi saya.. Adik hafi sihat tak demam.

Cuba bayangkan jika yang menjumpai kanak-kanak tersebut adalah individu yang tidak bertanggungjawab?

Moga kejadian yang sama seperti ini tidak berulang lagi dan ianya dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua terutama pada pihak pengasuh agar lebih peka.

[fbcomments]