Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin mempunyai anak kembar autisme iaitu Azal dan Azrai. Zarina sering berkongsi teletah anaknya itu, termasuklah baru-baru ini ketika di dalam sebuah penerbangan.

Zarina berkongsi beberapa video yang menunjukkan gelagat Azal cuba untuk mengambil gambar bersama tiga orang pramugari yang berada dalam penerbangan tersebut.

Azal oh Azal. Saya duduk seat bahagian depan jadinya dah keluar awal dah. Saya ingat dia pergi tandas ke…rupanya dia pergi selfie dengan stewardess.

Zarina juga secara bergurau telah meminta Azal meminta maaf kepadanya kerana membuatkan mereka lambat. Tetapi Azal mempersoalkan kembali perkara tersebut dan mempertahankan tindakannya itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Azal tersebut.

Sekadar info, Zarina telah berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Sumber: Instagram @zarinazainuddin_

[fbcomments]