Jika semalam tular di media sosial insiden seorang pemandu hilux merempuh kawasan penjaja di Bazar Ramadan Bukit Sentosa, hari ini pula sekitar jam empat pagi berlaku satu lagi kes rempuhan melibatkan pemandu mabuk yang berlaku di PPR Pekan Batu 5, Jalan Ipoh.
Dalam satu video yang tular di media sosial, dapat menyaksikan kenderaan ini merempuh beberapa buah kereta namun sudah terhalang kerana ada kenderaan polis di lokasi tersebut.
Walau bagaimanapun, motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.