Kisah Ustaz Ebit Lew nampaknya makin hangat. Walaupun beliau nampaknya berlapang dada dengan teguran tersebut dan memohon maaf atas kelemahan dirinya, tapi tidak bagi netizen.
Kisah kontroversi yang berlaku ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat Islam. Malah perkara ini turut menarik perhatian agama lain.
“Kalau tak mampu nak tolong masyarakat macam Ustaz Ebit buat, jangan lah kecam.”
“Tujuan Ustaz Ebit kongsi gambar bantuan tu sebenarnya berniat baik dan untuk menyedarkan masyarakat lain diluar sana untuk sama-sama membantu.”
Nampaknya pendekatan Ustaz Ebit dekat di hati semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, umur dan bangsa. Tahniah Ustaz!