fbpx

Sebelum ini, penyanyi remaja popular Aiman Tino pernah terpalit dengan satu isu video lucah seorang lelaki yang dikatakan miripnya selepas tular di media sosial.

Beliau telah menafikannya dan turut membuat laporan polis.

Terbaru, di media sosial sekali lagi tular video berdurasi 45 saat yang mana memaparkan wajah seorang remaja lelaki mirip pelantun Ku Rela Dibenci itu di dalam bilik yang sama seperti video yang tersebar pada Mac lalu.

Jika sebelum ini, video tersebut telah dikaburkan pada bahagian tertentu, menerusi video ini ianya jelas memaparkan tubuh lelaki itu tanpa seurat benang.

Dalam masa sama, Aiman turut menafikan video yang tersebar ini ada kaitan dengan kehilangan komputer riba miliknya yang kononnya video ini terdapat di dalam komputer tersebut.

Video itu tak ada kaitan pun dengan komputer riba yang dicuri.

Tapi sebenarnya isu seumpama ini bukanlah kali pertama terjadi dikalangan selebriti lelaki kerana baru-baru ini juga, pelakon Zul Ariffin turut hangat diperkatakan apabila video bogel seorang lelaki miripnya turut tersebar. Menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya Zul menjelaskan dia telah menjadi mangsa kepada individu tidak bertanggungawab.

[fbcomments]